My new work place

My new work place

Tuesday, October 17, 2006

Part 9: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian ke 9...Flashback.. zaman Pra sekolah.

Ini perkara yang I ingat...semasa I masih sudahpun berapa minggu di Mobile, Alabama..hingga saat dan ketika ini..

Sewaktu I masih kecil..ayah dan mak memang menyayangi I sepenuh hati. Maybe I anak sulung agaknya. Maybe sebab adik I yang lahir selepas I berumur 7 tahun. Di ceritakan bahawa masa mak I mengandungkan I, mak memang susah hendak makan atau minum. Sering je orang kedah cakap 'throw out'. Kesemua makanan adalah meloyakan untuknya. Hanya isi kelapa muda sahaja menjadi kegemaran makan mak hinggalah I dilahirkan.

Semasa I dilahirkan, I masih tinggal dengan atuk dan nenek. I merupakan cucu kesayangan mereka. Bukan disebabkan mereka tiada cucu tetapi kerana I tinggal bersama-sama mereka. So tuan2/puan2, jangan la kita merasa marah jika cucu2 yang tinggal bersama mak ayah kita akan mendapat perhatian lebih dari cucu-cucu yang jauh.. Oh ya..semasa itu ayah I bekerje sebagai konduktor bus disamping membuat sedikit kerja 'bendang' pemberian atuk dan nenek. Kesemua anak2 atuk dan nenek seramai 4 orang mendapat 7 relung (bahasa scientific kedah) tanah. Tapi pada masa itu, sawah-sawah itu hanya diusahakan setahun sekali. Hanya mengharapkan air musim hujan. Bukan macam sekarang.. Kini telah diusahakan 2 kali kerana air dibekalkan oleh MADA yang mendapat air dari Empangan Pedu.

Tentu tuan2/puan2 masih mendengar betapa banyak air yang disimpan oleh Empangan Pedu. Sehinggalah tahun lepas (2005), hampir seluruh bandar Alor Setar, Jitra dan kawasan sekitarnya ditenggelami air. Menurut cerita kejadian berlaku disebabkan penjaga Empangan tersebut hanya telah melepaskan limpahan dari Thailand secara sekaligus. Sepatutnya dia membuka pam itu perlahan-lahan. Entah betul entah ke tidak..Jadi tanah tidak dapat menyerap air seperti biasa. Biarpun apa yang terjadi..I anggap itulah kuasa Tuhan.

Oh ya.. memandangkan kerja sawah hanya setahun sekali, I telah mengambil 'initiative' untuk menjadi konduktor bus. Kerja ayah hanya mengutip wang dari orang yang menaiki bas dari Pendang ke Alor Setar. Masa itu., mak dan I sentiasa mendapat 'FREE BOARDING' bila menaiki bus tersebut. Juga kami sekeluarga mendapat rezeki lebih setiap tahun bila ayah mendapat bonus dari syarikat dan sebagainya.

The morale of the story, no matter what it takes, it is youuuuuu..you are responsible for what you are doing. If you work hard and smart, you'll get more..as simple as that..

Itulah tindakan ayah yang I hormat dan sanjung hingga kini. Kalau ayah tidak mengambil keputusan begitu, hidup kami merupakan makan pagi kais pagi..makan malam kais malam macam la sedara yang lain. Ayah memang HEBAT!!!!!!!! I LUV you..

Tapi kerja ayah tidak menentu serta mengikut shift. So most of the time, I akan tinggal sama atuk dan nenek waktu malam. Bila I berumur 3 tahun, ayah dan mak mengambil keputusan untuk berdikari dengan membina sebuah rumah kecil tidak jauh dari rumah atuk dan nenek. Namun I masih tetap tinggal dengan atuk dan nenek. Satu ketika atuk berkata "Nora.. hang pi la balik tiduq dengan mak hang..kesian mak hang dok tiduq soqang-soqang". Namun I tak pernah pulang ke rumah. Bila I berumur 4 tahun, atuk dan nenek telah mengambil keputusan untuk pergi menunaikan Haji di Mekah. Itulah kali terakhir I melihat atuk. Dulu, nak ke Mekah kena naik kapal air. Ambil masa lebih kurang 40 hari baru sampai ke pelabuhan Jeddah. Arwah atuk meninggal sebelum pulang ke Malaysia Al fatihah.... Jadi arwah dikebumikan di Mekah. Berbanding dengan kawan arwah atuk yang meninggal di dalam kapal sewaktu hendak pulang. Sudah tentu, arwah dilepaskan ke dalam laut. Biarpun apa terjadi, itu hanya jasad. Roh akan tetap menemui Tuhan seperti biasa.

No comments: