Bahagian ke 10..Flashback.. zaman pra sekolah. Continue..
Selepas atuk meninggal, ayah masih berkerja tetap dengan dua perkerjaannya siang dan malam. Pada satu ketika mak ada menyuarakan kat ayah tentang pekerjaan konduktor bas itu. Mak amat risau kerana ayah sering pulang lewat malam keseorangan. Malahan kadang-kadang ayah sering membawa sejumlah wang kutipan tunai bas seharian. Tapi bukan la macam wang security ATM sekarang ini. I ada kawan chief satu syarikat perbankan, yang mengatakan setiap ATM mempunyai minimum RM300.000.00. Bayangkan jka sekiranya satu syarikat security nak menghantar wang ke 20 buah bank. Lagipun, waktu 30 tahun dahulu masa ada cash machine macam sekarang. Mak risau takut orang lain akan mengambil kesempatan dari ayah. Ayah masih tetap meneruskan pekerjaan itu sehinggalah I berumur 9 tahun.
Oh ya.. Kebetulan mak dan ayah kawin sekampung. Menurut kata mak, dulu memang dia tak nak berkahwin dengan ayah sebab jarak usia yang agak jauh. Tapi kerana menurut kata orangtua..mak menerima lamaran ayah jugak. Menurut kata nenek mereka nampak ayah ni bertanggungjawap dan baik kepada orang tua-tua. Sebab itu mereka terima ayah sebagai menantu. Alhamdulillah hidup mak ayah kekal hingga sekarang. Maka dengan sebab itulah I juga kawin atas pilihan mak dan ayah. Masa I balik dari US dulu..ramai orang bertanyakan mak ayah I menantu jenis mana mereka suka..hahahaha...kita sambung citer ni lain kali...
Jadi, rumah nenek sebelah ayah hanya lebih kurang 3 kilometer sahaja dari rumah nenek sebelah mak. Alhamdulillah nenek masih lagi dipanjangkan umur oleh Tuhan. Katanya usia dah melebihi 89 tahun. Alhamdullillah.
I juga sering ke rumah atuk sebelah ayah (Juga telah meninggal dunia..Al-Fatihah). Tapi arwah atuk telah berpisah dengan nenek dan tinggal diluar kampung. Saudara sebelah ayah semuanya bekerja kampung. Setiap kali raya, ayah akan membawa I berjumpa atuk nun jauh di Kg Pulau Keramat, Pendang. Perkahwinan arwah atuk dengan nenek muda (Juga telah meninggal dunia -Al fatihah..memberikan 4 anak. Dua dari bapak saudara I tu kini telah bekerja dengan Petronas dan kini tinggal di rumah kawan Melawati yang bernilai RM1 juta. Padahal semasa mereka membeli dahulu, harganya baru RM300,000.00. Maybe dorang beruntung kerana hartanah kawan itu naik mendadak especially bila MRR2 di bina. Seorang lagi kini bekerja dgn Tan & Tan ..IGB. syarikat gergasi hartanah .kini mempunyai pejabat di Mid-Valley. Dua lagi anak atuk tinggal di Alor Setar sorang sebaga guru dan surirumah.
Sebenarnya ada cerita nostalgia disebalik dengan bapak saudara I yang bekerja di Mid-Valley. Dulu dia tidaklah sehebat dua bapak saudara I yang lain yang berjaya memasuki universiti. Maybe sebab dia anak bongsu. Dia suka kerja-kerja kampung dan kerja amal. Dia ada pingat Pengakap DiRaja Kedah. Setelah beberapa lama, dia mengambil keputusan untuk menjadi guru sementara sahaja. Hanya selepas itu dia mengambil keputusan untuk memasuki ITM (Uitm) sehinggalah berjaya hingga sekarang. Kini kerjanya agak istimewa dan sering berjalan ke sana sini.
The morale of the story, "It is ok if you fail once.. but the failure will not last forever as long as you wanna see the success". So kalau you all ada anak2 yang malas nak belajar atau tak mampu nak belajar, do not push them. Let they be something that like to. Not to become a graduate, it is not end of the world. Believe me!!! I have seen some of my friends..colleagues..old mates they area success in their own way..I have more than 10 testimonies to share with..I start with the 1st one…bersambung…
No comments:
Post a Comment