My new work place
Wednesday, October 11, 2006
Al-Fatihah kepada Arwah Mohd Abdul Salam B. Abdul Majid
Assalamualaikum,
Hari ni merupakan hari yang paling sedih ....macam I tulis hari tu..my ex-schoolmate..telah selamat kembali ke rahmatullah..pada pukul 7pagi..selepas koma selama 3 hari...Mudah-mudahan Allah swt akan cucuri rahmatNya ke atas roh beliau..dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..
Arwah dimandi dan disembahyangkan di masjid Kg Baru..sebelum dihantar pulang untuk dikebumikan di Baling...Kg kelahiran arwah..lebih kurang pukul 5 petang..
Arwah baharu saja 36 tahun..meninggalkan seorang isteri..2 orang anak..masih kecil...tak tahu la macam mana perasaan orang terdekat beliau..
Semasa I menziarahi arwah semalam, adiknya sempat memberitahu meminta dia tolong tengok-tengokkan anak2 beliau..bila dengar tu je..I dah faham..memang dah tak lama...tu salah satu tandanya...
Walaupun begitu, antara kawan2 sekolah ni..I rasa I agak rapat dengan beliau...dalam tahun ni je..beberapa kali I berjumpa..whether masa functions..atau personally..teh tarik...masih terdengar di sudut hati..arwah berseloroh dgn I...kita memang rapat....tapi Allah lagi sayangkan arwah...I redha.. ingatan I terhadapnya akan kekal sampai bila2...
Ada jugak kawan2 yang tak percaya pemergian arwah esp yang jauh2.....tapi ada yang I nak call..cuba nak menceritakan pemergian arwah..tetapi cakap suruh call balik selepas 10 minit..katanya bz..takkan tak boleh tanya sebab apa call...tapi itu la kadang2 manusia..terlalu angkuh...I langsung tak call selepas tu...
Amin....
p/s sekali lagi kawan2 membaca blog ini..tolong sedekah Al-fatihah untuk arwah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment