My new work place

My new work place

Saturday, March 05, 2011

Bapa mithali nii..betul ke ni?


Salam,

Amboi hari ni penat jugak..pagi tadi pukul 11 pagi nak kena pergi hantar ke tuition di DO RE MI. Nak mengajar anak sendiri faham2 je la... panas baran.. hahaha so suka tak suka kena la hantar tuition..teringat la masa dulu..masa ayah duduk mengajar kami adik beradik..siang meniaga kat Pekan Rabu.. malam dia ajar kami..I pula siang2 meniaga kambing..malam balik kepenatan..mmg penat gilak.. tak sempat nak mengajar anak2...

So here I am now. waiting for my son to finish his tuition.

In the meantime, I am creating a signage (A4 size) at this CC. I am now marketing fresh goat milk. I can merely collect 12 kg per week . Fresh from the farm.


But it is all meant for regular customers. For those who would like to have it, you have to order one week in advance and depend on availibility.

No compulsory.



Sany

Monday, January 24, 2011

I am backkk!!!!!!!

Assalamualaikum,

Here I am now.. after almost 4 years I have been working on something with my life, I am ready to share with everyone now. Feel like to write everything tonite..hahaha.

Saturday, December 02, 2006

Apa kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari bila ditemuduga

Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun (2005)
- Pendidikan – SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary,
menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
pengindahan Masjid Negara,
sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula:–
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah.
Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Antara 49 nasihat2 beliau:
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda social dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4.Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7.Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain

8.Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha

9.Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahuberusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 uta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28.Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh sama berkongsi.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumahbesar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Sayasuka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49.Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Sayakata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi..Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Amin….

Tuesday, November 28, 2006

Aliyah...abang ingin kawin lagi...

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV jugadipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menujukedapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasaputerinyakecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kianberanjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yangberdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluargahampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannyabenar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan2keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai olat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak sepertikelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benarmenjerat hatinya."Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.

Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?

Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalau lah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yangdisimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiahsebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujukQis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidupd engannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nakmembuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistinap ergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemudugaoleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di MasjidPutra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.

Sekian lamanya diatidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersamadenganAliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudianmenghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum ituadalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra,dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anakImamKampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis airmatanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calonmadu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utkbersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************************************************************************

Kepada:Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampirsaiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terimakasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitucantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyahyang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikutperedaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abgdiheret keneraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masihbelum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatahlagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abghanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalauseleraAbg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluargasinggah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makananwestern food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayahmereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyahsayangkan Abg...3

. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu padazuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajaranak-anakAbg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau diasendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyahtak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abgmungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abgmengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jikamunajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillahborang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...Tetapi jikaAbg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteriAbg,pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkanAbg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untukAbg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaranAbg, roti canai..air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihahbersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!*

***************************************************
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta padakecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate thingswhen you lost it..

Tuesday, October 17, 2006

Part 12: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Part 12 Back to earlier story...(Terkenang masa dahulu..still masih kat Mobile, Alabama)

Bila sahaja I memasuk darjah 1, life I kini telah ada jadual. I tidak lagi boleh ke sana ke mari ..especially waktu malam. Waktu malam ayah dah tentukan I kena mengadap buku dari pukul 8pm hingga 10am. Tiap-tiap malam I akan dipaksa mengadap buku2 sekolah. Kadang-kadang I merasa begitu benci, marah dan sebagainya kepada ayah. Kenapa ayah siksa I begini. Macam I cakap awal-awal cerita tadi, tindakan ayah bersebab. Nanti saudara/i akan faham maksud I...

Pada masa yang sama, ayah telahpun berhenti dari menjadi konduktor bus. Bila ayah 'tender resignation notice' baharulah pihak syarikat berura-ura hendak naikkan pangkat ayah. Kenaikan pangkat menyebabkan ayah hanya perlu bekerja siang hari. Less work, more money..Tapi ayah menolak cara baik. Dulu I tertanya2 kenapa ayah boleh berhenti kerja. So as of that they, there are no more FREE BOARDING for us..I tanya ayah..kan dah selesa..naik pangkat..I tak faham aper sebenarnya keinginan ayah. I dah tahu dengan sendiri kenapa ayah berbuat demikian…indirectly..

Sama juger ...18 tahun kemudian.., selepas I bekerja Pekan..lepas grad..I merupakan engineer kedua mendaftar di sana..Masa tu I fresh…terus di assign dengan Malaysian National Project…usahasama between PROTON-CITREON-USPD …(I kan cerita lebih lanjut lagi…kalau ada kesempatan..) I manage the project pretty well..sampai la selepas launching dari Bekas Tun Dr Mahathir… then I decide to quit..Ramai orang bertanya..kenapa Sany harus berhenti? Pada masa tu..Rod Pettet..GMD untuk Proton..asal dari Proton UK.. (masa tu arwah Tan Sri Yahya ader lagi..) tanya dalam bahasa Pekan pekat, Sany, “Why are you leaving the company.. I do not see any problem you with the company..young chap like you should stay...please do not something which you will regret later..you should learn more here..tell me..how much do you want as long as you stay?”…Still I did not accept the offer..Also, later the Director of the company..if you know Datuk Ismayuddin..(Sekarang dengan Director in PUSPAKOM) ..Sany..jangan berhenti dulu.. I ada plan untuk generasi muda2 macam you nih..you ade capability..talent….kenapa harus berhenti sekarang?..I still berhenti gak..as for me..I have the 1001 reasons kenapa I bertindak demikian…campur dengan darah muda sekali….tapi I ni professional..even my last hours kat sana I still bekerja..sampai my manager tanya., Sany..you really ke nak berhenti nih? Hahahahaha yes I am sir!..Period..

Selepas tu I balik bekerja di Kulim..sebagai Snr Engineer (seperti yang ceritakan masa naik flight…..stewardess..) .juga involve in Malaysian National Commercial Vehicles..BERJAYA-RENAULT-HYUNDAI ..pengalaman dari bekerja di Pekan..membuatkan I cepat pick up..so I selalu ke ‘obersea’..training..stuff like that…tiba2 I have decided to quit..I did tender my resignation letter… pada masa tu..the MD of the company, Mr Lim Kun Yee cakap, “Sany..do not resign..it will be a big loss for the company..you don’t worry.. I know you have been working hard for the company days and nights.. we have learned a a lot from you too”. I dapat counter-offer gaji naik RM1000.00..masa tu gaji dah almost RM4000.00.. and kenaikan pangkat ke assistant manager..masa tu I baru 26 tahun..quite accomplish for a fresh grad like me..especially untuk orang makan gaji…nanti I cerita lain pengalaman ni..ader pro and cons….Now I can feel it sama seperti macam ayah ..resign with HONOR!.

Berbalik kepada cerita ayah….

Ayah sudah mula berjinak2 dengan perniagaan pasar malam di jalan Kanchut, Alor Setar. I rasa sejak ayah bekerja sendiri ni..berniaga..ayah lebih ceria..entah kenapa..pendapatan tak la besar sgt masa tu….Bila ayah pulang, I mesti mengadap buku-buku sekolah. Kalau ayah berkesempatan, dia akan mengajar I belajar. Rupanya2 ayah memang pandai berbahasa orang putih. Tapi itulah sahaja subject ayah mengajar I. Untuk mengelakkan dari I merasa jemu, ayah ada menjemput beberapa saudara I untuk menemani I. Tapi itulah..mereka tiada mempunyai disiplin ataupun tiada matlamat..I tak pasti... Kejap datang..kejap tidak..macam CHIPSMORE.. tapi biarpun mereka ada ke tidak, I tetap dengan schedule I..Kena paksa dengan ayah.

Berkat 'tekanan' dari ayah, I mendapat keputusan No 2 di dalam kelas pada penggal pertama. Pada penggal kedua, I masih dapat no 2 dan penggal ketiga, I sudah exceed one more step..No 1 dalam kelas. Ayah bertambah bersemangat. Kini hampir setiap malam ayah melihat I belajar. I juga kini telah berubah bila ayah membelikan I basikal baru. Sebelum ini, ayah hanya mengecat basikal lama dengan warna merah. Jadi masa tu, seringkali I dipanggil "Postman, mai suqat satu... satu kampung dah tau I ada basikal antique begitu..hahaha.. Then ayah berjanji kalau maintain no 1 untuk darjah 2, ayah akan belikan jam. Begitulah seterusnya..

The morale of the story is kita kena bagi hadian untuk anak-anak kita supaya mereka lebih tekun untuk berusaha. Sebabnya mentality kanak-kanak adalah kepada kebendaan. Cubalah..I works for me..

Bersambung

Part 11: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Part 11 1st successful friend story..(Bersambung dari flashback zaman pra-sekolah)

Remember about last chapter.. I like to share at least 10 succesfiul stories of my fellow friends… I start with the 1st one (I may continue one to another later..) I have a friend who comes from the same background. He is pretty a smart guy but he does not have ‘ayah’ like me. After getting my 5A, I have pursued my studies in Sekolah Men Sains Kedah, Sg Petani (Now Sekolah Sultan Mohamad Jiwa) in Kedah (Later I will elaborate..). Meanwhile, he goes to normal school. After form 4, he manages to further studies in Kolej Sultan Abdul Halim and later Politeknik Ungku Omar. After form five..until I graduate,…we seldom meet. But I start to get to know him later..he works in one of government agency in KL with a Certificate in Mechanical Engineering too.

When I return home from so called Uncle Sam country.., I starts driving the amazing Nissan C20 belong to ayah. Later I have used Honda Civic 2nd generation also belong to ayah. What a lucky son..hahaha..

At that point of time, this fellow villager, drives Mazda 323 Familia…at that time we are equal. Later I have upgraded to Wira Sedan (Blue) 1.5 and he uses Proton Iswara (White). Soon after that I hear starts venturing into some business but I stick to a salaryman. When we meet in the driveway, he will press a horn…(Kinda law..) yeap..at that time, he drive Iswara… After a few years, he now owns Honda Civic .,then brand new Proton WAJA (The reg no cost about RM3000.00…I can imagine..some people like to do that..I suppose because money is secondary….) Honda CRV white..Honda Stream plus Citreon ZX, Citreon Xantia..He plays golf too..He also owns 2 ½ semi-detach house in Bukit Antarabangsa..2 luvly daughters..and an awesome wife who works with PETRONAS..and I dunno how much money he has in the Bank now..but I guess maybe a few millions..so now..I happen to meet him in a driveway..I will now have to press the horn….well.. that is the law…he creates it..and I have to follow..later when I drive Mercedes E240, maybe he will have to repeat the law again…

Look what I am now..I have an excellent testimonies.. go to good college and educational background...overseas..work in a few giants companies..snr engineer..manage projects for a few million but as long as I am a salaryman..I have own one Proton WAJA..a semi-D house in Pulau Indah..that is it…my Goodnees!!!!…why I am salary blinded so much…oh ya..I play golf occasionally ..in the week-end..…but this guy play golfs even on weekdays..Too bad he is just like me.. not a handicap at all…if we go to green, we have to reserve at least 30 balls….every hole consume about more than three..hahaha enough about him..

The morale of the story again…education is just a passport for you to succeed….Also, if you have a chance, hit and marry a gal whom has steady work..a government officer if you will.. just to back up when the business is not stable…(I have a college buddy does too..he succeed…) and there is no other way to make you a millionaire like a Donald Trump..no more than you become a businessman..

The question are .what kinda business you like to venture to..? How much money or capital you have in hands? Are you willing to take a risk by going fulltime? Are the company can stand long enough? What sort of products or services you like to choose..WELL.. if you wish.. I like to invite you to join a FREE seminar to streamline some of your questions.. Feel free to log on to http://www.UHADGlobal.com/seminar.htm . You can come to our preview seminars or even call and register with us for a full course at your choice.. At least you have a tips to start with…but if you like to be what you are now…it is your choice too..

Too be frank with you ..I am not a Godfather of business but I heading to that direction sooner or later..with my experiences and background I know..I can go further..and I like to share it with you…I have already had another there friends who also grad from the US just to fulfill the destiny…suit yourself…

B Bersambung pasal cerita ayah..

Bila I berumur 6 tahun, I memang suka bermain-main dengan beliau. Satu ketika ayah I ingin membawa I pulang ke kampung. Apa lagi, masa tu kita masing-masing bersembunyi di balik pokok-pokok getah. Puas ayah mencari kami berdua. Tapi macam pepatah orang tua-tua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya I dibawa pulang ke kampung. Ayah cakap,
"Nora, hang kena balik, minggu depan dah nak sekolah darjah 1". Nah……bermula la sejarah hitam hidup I…masuk penjara waktu malam..

Part 10: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian ke 10..Flashback.. zaman pra sekolah. Continue..

Selepas atuk meninggal, ayah masih berkerja tetap dengan dua perkerjaannya siang dan malam. Pada satu ketika mak ada menyuarakan kat ayah tentang pekerjaan konduktor bas itu. Mak amat risau kerana ayah sering pulang lewat malam keseorangan. Malahan kadang-kadang ayah sering membawa sejumlah wang kutipan tunai bas seharian. Tapi bukan la macam wang security ATM sekarang ini. I ada kawan chief satu syarikat perbankan, yang mengatakan setiap ATM mempunyai minimum RM300.000.00. Bayangkan jka sekiranya satu syarikat security nak menghantar wang ke 20 buah bank. Lagipun, waktu 30 tahun dahulu masa ada cash machine macam sekarang. Mak risau takut orang lain akan mengambil kesempatan dari ayah. Ayah masih tetap meneruskan pekerjaan itu sehinggalah I berumur 9 tahun.

Oh ya.. Kebetulan mak dan ayah kawin sekampung. Menurut kata mak, dulu memang dia tak nak berkahwin dengan ayah sebab jarak usia yang agak jauh. Tapi kerana menurut kata orangtua..mak menerima lamaran ayah jugak. Menurut kata nenek mereka nampak ayah ni bertanggungjawap dan baik kepada orang tua-tua. Sebab itu mereka terima ayah sebagai menantu. Alhamdulillah hidup mak ayah kekal hingga sekarang. Maka dengan sebab itulah I juga kawin atas pilihan mak dan ayah. Masa I balik dari US dulu..ramai orang bertanyakan mak ayah I menantu jenis mana mereka suka..hahahaha...kita sambung citer ni lain kali...

Jadi, rumah nenek sebelah ayah hanya lebih kurang 3 kilometer sahaja dari rumah nenek sebelah mak. Alhamdulillah nenek masih lagi dipanjangkan umur oleh Tuhan. Katanya usia dah melebihi 89 tahun. Alhamdullillah.

I juga sering ke rumah atuk sebelah ayah (Juga telah meninggal dunia..Al-Fatihah). Tapi arwah atuk telah berpisah dengan nenek dan tinggal diluar kampung. Saudara sebelah ayah semuanya bekerja kampung. Setiap kali raya, ayah akan membawa I berjumpa atuk nun jauh di Kg Pulau Keramat, Pendang. Perkahwinan arwah atuk dengan nenek muda (Juga telah meninggal dunia -Al fatihah..memberikan 4 anak. Dua dari bapak saudara I tu kini telah bekerja dengan Petronas dan kini tinggal di rumah kawan Melawati yang bernilai RM1 juta. Padahal semasa mereka membeli dahulu, harganya baru RM300,000.00. Maybe dorang beruntung kerana hartanah kawan itu naik mendadak especially bila MRR2 di bina. Seorang lagi kini bekerja dgn Tan & Tan ..IGB. syarikat gergasi hartanah .kini mempunyai pejabat di Mid-Valley. Dua lagi anak atuk tinggal di Alor Setar sorang sebaga guru dan surirumah.

Sebenarnya ada cerita nostalgia disebalik dengan bapak saudara I yang bekerja di Mid-Valley. Dulu dia tidaklah sehebat dua bapak saudara I yang lain yang berjaya memasuki universiti. Maybe sebab dia anak bongsu. Dia suka kerja-kerja kampung dan kerja amal. Dia ada pingat Pengakap DiRaja Kedah. Setelah beberapa lama, dia mengambil keputusan untuk menjadi guru sementara sahaja. Hanya selepas itu dia mengambil keputusan untuk memasuki ITM (Uitm) sehinggalah berjaya hingga sekarang. Kini kerjanya agak istimewa dan sering berjalan ke sana sini.

The morale of the story, "It is ok if you fail once.. but the failure will not last forever as long as you wanna see the success". So kalau you all ada anak2 yang malas nak belajar atau tak mampu nak belajar, do not push them. Let they be something that like to. Not to become a graduate, it is not end of the world. Believe me!!! I have seen some of my friends..colleagues..old mates they area success in their own way..I have more than 10 testimonies to share with..I start with the 1st one…bersambung…

Part 9: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian ke 9...Flashback.. zaman Pra sekolah.

Ini perkara yang I ingat...semasa I masih sudahpun berapa minggu di Mobile, Alabama..hingga saat dan ketika ini..

Sewaktu I masih kecil..ayah dan mak memang menyayangi I sepenuh hati. Maybe I anak sulung agaknya. Maybe sebab adik I yang lahir selepas I berumur 7 tahun. Di ceritakan bahawa masa mak I mengandungkan I, mak memang susah hendak makan atau minum. Sering je orang kedah cakap 'throw out'. Kesemua makanan adalah meloyakan untuknya. Hanya isi kelapa muda sahaja menjadi kegemaran makan mak hinggalah I dilahirkan.

Semasa I dilahirkan, I masih tinggal dengan atuk dan nenek. I merupakan cucu kesayangan mereka. Bukan disebabkan mereka tiada cucu tetapi kerana I tinggal bersama-sama mereka. So tuan2/puan2, jangan la kita merasa marah jika cucu2 yang tinggal bersama mak ayah kita akan mendapat perhatian lebih dari cucu-cucu yang jauh.. Oh ya..semasa itu ayah I bekerje sebagai konduktor bus disamping membuat sedikit kerja 'bendang' pemberian atuk dan nenek. Kesemua anak2 atuk dan nenek seramai 4 orang mendapat 7 relung (bahasa scientific kedah) tanah. Tapi pada masa itu, sawah-sawah itu hanya diusahakan setahun sekali. Hanya mengharapkan air musim hujan. Bukan macam sekarang.. Kini telah diusahakan 2 kali kerana air dibekalkan oleh MADA yang mendapat air dari Empangan Pedu.

Tentu tuan2/puan2 masih mendengar betapa banyak air yang disimpan oleh Empangan Pedu. Sehinggalah tahun lepas (2005), hampir seluruh bandar Alor Setar, Jitra dan kawasan sekitarnya ditenggelami air. Menurut cerita kejadian berlaku disebabkan penjaga Empangan tersebut hanya telah melepaskan limpahan dari Thailand secara sekaligus. Sepatutnya dia membuka pam itu perlahan-lahan. Entah betul entah ke tidak..Jadi tanah tidak dapat menyerap air seperti biasa. Biarpun apa yang terjadi..I anggap itulah kuasa Tuhan.

Oh ya.. memandangkan kerja sawah hanya setahun sekali, I telah mengambil 'initiative' untuk menjadi konduktor bus. Kerja ayah hanya mengutip wang dari orang yang menaiki bas dari Pendang ke Alor Setar. Masa itu., mak dan I sentiasa mendapat 'FREE BOARDING' bila menaiki bus tersebut. Juga kami sekeluarga mendapat rezeki lebih setiap tahun bila ayah mendapat bonus dari syarikat dan sebagainya.

The morale of the story, no matter what it takes, it is youuuuuu..you are responsible for what you are doing. If you work hard and smart, you'll get more..as simple as that..

Itulah tindakan ayah yang I hormat dan sanjung hingga kini. Kalau ayah tidak mengambil keputusan begitu, hidup kami merupakan makan pagi kais pagi..makan malam kais malam macam la sedara yang lain. Ayah memang HEBAT!!!!!!!! I LUV you..

Tapi kerja ayah tidak menentu serta mengikut shift. So most of the time, I akan tinggal sama atuk dan nenek waktu malam. Bila I berumur 3 tahun, ayah dan mak mengambil keputusan untuk berdikari dengan membina sebuah rumah kecil tidak jauh dari rumah atuk dan nenek. Namun I masih tetap tinggal dengan atuk dan nenek. Satu ketika atuk berkata "Nora.. hang pi la balik tiduq dengan mak hang..kesian mak hang dok tiduq soqang-soqang". Namun I tak pernah pulang ke rumah. Bila I berumur 4 tahun, atuk dan nenek telah mengambil keputusan untuk pergi menunaikan Haji di Mekah. Itulah kali terakhir I melihat atuk. Dulu, nak ke Mekah kena naik kapal air. Ambil masa lebih kurang 40 hari baru sampai ke pelabuhan Jeddah. Arwah atuk meninggal sebelum pulang ke Malaysia Al fatihah.... Jadi arwah dikebumikan di Mekah. Berbanding dengan kawan arwah atuk yang meninggal di dalam kapal sewaktu hendak pulang. Sudah tentu, arwah dilepaskan ke dalam laut. Biarpun apa terjadi, itu hanya jasad. Roh akan tetap menemui Tuhan seperti biasa.

Part 8: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian ke 8 (Life in Mobile after 2 weeks)

Sampai je mencecah bumi bergelar Amerika ni... I terus call mak ayah kat kampung...I memang rapat dengan mak...bila dengar sora je..I dah tau mak menangis di hujung dunia sebelah sana..ayah nampak cool je...entahla..kadang2 lelaki ni dia bukan nak tunjuk sgt kot..I cakap kat mak ayah...semua ok..masa tu sempat mak bertanya " Hang tak jumpa Melayu kat sana ka?" Alahai mak tersayang... mana nak cari Melayu kat sini...yang adapun beberapa kerat je..The first two weeks, I hanya menumpang tinggal dengan Brother Hanafi..dan brother Imran (Pakistani)...oh ya..Handsome juga brother ni..nak compare Mamat Pakistan yang datang kerja kat Malaysia..memang tak sama..sambil2 mencari rumah baru...Nak masuk rumah kat sini bukannya senang..nak kena ada passport..(Social Security)..nak kena interview..sign contract dan sebagainya..dan.bayaran per head..so..kalau memang dihadkan kepada 4 occupancy..maka 4 jelah..tak boleh lebih..kalau dia nampak ade lebih dari 4...dia boleh tamatkan contract..malah kat sini..our neighbours are very friendly...they respect us very much..as much as we have to respect them....

Kita kat Malaysia jarang2 ada begitu punya ketat.. Kalau nak menyewa, just masuk je..nak tinggal baper orang..terpulang… tu kadang ada penyewa lari malam. ..hahaha..nasib badan la...tapi kat bandar sekarang dah lain.. dulu masa I nak menyewa rumah ..dah ade contract..tapi tenant tu India..yang I perhatikan..mereka memang concious about this matter.

Kira dalam seminggu dua tu...hati I masih kat Kg..teringat mak ayah..adik..nenek..dan sebagainya

Part 7: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian 7: Life in Mobile, Alabama

Upon reaching Mobile Alabama..US!!!!!!! here I come!!!!!!!!
Back to earlier scenario, I hung up the phone when this American answered the phone. I did try to call one more time. When I introduced myself, he explained that Brother Hanafi (the contact person whom I got from Malaysia) was out to classes. It was a great relief though. I was shocked because I did not expect to converse in English for the first time I arrived back there. His English real good as if native American. But later I found out he was a Pakistani. Hahahaha..
After waiting for almost one hour, finally Bro Hanafi came and picked me up. What a great relief huh!

Part 6: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian 6: Flight ke NARITA & LA, Dallas, Mobile
Actualy masa naik flight tu..tak la penat sangat..tapi agak membosankan...Yelah...macam I cakap..first time night flight.. tapi lama2 kita dah tau trick sikit..lain kali kalau tuan/puan ada kesempatan cuba dapakan seat sebelah window..so boleh la buka sekali sekala..then selalu minta air ke..minta paper kat stewardess tu..hahaha….macam I cakap..bila selalu tengok stewardess mundar mandir sana sini..ok la juga..
Then satu masa flight tu kita bercampur dengan budak2 MARA sponsor..I la paling bertuah kerana berjaya diletakkan diantara pelajar wanita ni…hahaha sebab kenapa demikian..it is for you to find out later…ini semua gara2 ayah jugak…
Alhamdulllah, selepas beberapa jam, kami sampai di Narita Airport.. Dulu masa belajar Geografi..ada la dengar citer pasal Japan....cuaca dan sebagai..yang paling I suka nak la ke Sapporo..tempat main salji...tapi sampai sekarang belum pernah sampai lagi.....tapi takde hal..when the time is right..I’ll be there too..
Turun ke airport nampak macam muka2 orang Jepun ni serius belaka ..sebab tu la kot masyarakat mereka berjaya…tapi amat berlainan dengan mereka yang datang ke Malaysia..nampak humble..cheerful…Eventually, there is nothing much to be seen back there.. transit cuma 4 jam…hanya berlegarkan kat area airport je..pada masa tu ada kawan lain yang ambil kesempatan tukar baju…Masa nak fly tadi dari Malaysia, JPA dah tetapkan kena pakai suits.. jadi masa kat Narita, ada la beberapa orang dah pakai T-shirt..ala2 Arnold la kot...or maybe Sly..
Selepas 24 jam menaiki flight for the first mine, me berjaya menjejaki Lapangan Terbang Antarabangsa LA. Sama la jugak kali ni…Kalau dulu dalam tv, I kita asyik dengar LA..now me betul2 menjejaki tempat tersebut. Tapi semua student yang bersama I hanya perlu overnight kat situ. Masing2 penat..so..sampai je LA..mak aiiiiiii..punya la sejukkkkkk... orang kedah cakap windy.. I me tak boleh bayangkan macam mana..this is real..even kalau kita masuk kedai beraircond..still tak samer..this is a natural aircond..
The next day, kami semua berpecah..hanya ada empat orang je yang satu flight dengan I ..sorang betul2 nak ke Dallas..2 orang lagi I tak ingat hendak ke mana....so..it takes about a few hours..(can't remember..) baru la sampai kat Dallas...masa dalam flight tu..we all gempar lagi...ada satu citer..senior kat dari Malaysia yang terdahulu..masa first time masuk LA.. selepas check in kat hotel..so apa lagi..mandi sabun la dalam bath tube...hot tube la katakana… last2 sekali..terlupa nak tutup paip air..sampai melimpah2 air keluar hotel..yelah..so mandi buih la…. Tapi tak la macam mandi buih..cam kat Bangsar itu hari...
Then, bila sampai Dallas, we all berpecah lagi...dari Dallas tu..tinggal la I sorang...bila sampai je..terkejut la sangat2.. kalau nak dibandingkan dengan airport kat Subang..macam langit dengan bumi kot…... yelah..punyalah besar airport dia..lebih besar dari KLIA lagi..(Masa tu KLIA masih jadi ladang kelapa sawit kot)..dari satu gate ke satu gate..kena naik tube...betul la orang2 tua cakap…orang bertanya ni...tak la sesat jalan.alhamduillah ..all the way..cuma risau gak...yelah..connecting flight about 2 hours je..then I sorang je nampak macam melayu..lain2 semua Mat Salleh...Pak Negro.. actually kat sini orang2 negro ni..tak suka dipanggil gitu..dorang lebih suka dipanggil Black American..
Dari Dallas..after a couple of hours..baru la sampai last destination..a small town call Mobile Airport..down to south...
Amboiiiii.....punya la penat...susah jugak nak belajar nihhhh…I punya batch ni dulu..actually kena paksa ..most of them.. bukan apa..masa isi form borang UPU..I taruk pilihan no 5.. tapi bila dapat result..terus JPA panggil…dalam masa temuduga dorang decide I nam ambil course aper…then tak boleh masuk local U lagi....after buat AAD about 3 tahun..barulah sambung buat BSc kat sini… Masa tu tak la ramai orang pandai2 sangat kot..I dunno tapi sekarang ni I dengar punya la susah nak ke oversea..even now dah takde scholarship..semuanya loan... you bayangkan la..macam mana nak bayar loan kalau total cost about RM400,000.00...Plus nowadays, there are too much competitions..ramai orang score..those are the best among the best je boleh ke sana..
Nak sampai destinasi terakhir ni.. naik flight je almost 2 days...dari 747..turun ke 737…then flight yang hanya ade kurang dari 30 orang passanger..bila angin kuat...terasa bergoyang-goyang,...terasa macam naik pokok tinggi je..masa memetik buah petai kat kampong..keadaanya sama jugak… tapi I tetap bersyukur kerana dapat melalui semua niiii..niat ayah mesti I teruskann.. alang-alang menyeluk pekasam..biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang dah sampai ke US ni..biarlah I bawak segolong ijazah buat ayah...
Before reaching Mobile, I had managed to get a contact person in Mobile dari JPA. Definitely it was a Malaysian. Reaching Mobile almost dinner time, immediately I called the given number. But I was shocked because it was an American whom answered my call. Eventhough I had used to see lotsa Americans backhome..(95%) of the lecturers were previous from the US, but this was a different scenario....
I felt like wanna cry.... Oh mamaaaa....I wanna go home......

Part 5: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian 5: Flight to LA

Semalaman dalam flight banyak membuat I mengelamun ke sana sini..yelah..tak pernah2 I naik naik flight..this is the first time.. pulak terus naik yang long journey....dari Subang Airport ke NARITA..then direct ke LA...to be frank with you people..it is very tiring...bukan apa2....biasanya orang2 kampung macam I ni....nasib baik la ader ramai stewardess...maklum la I masa tu masih single mingle..
Kalau sebut steward..stewardess..memang la merasakan satu kerjaya yang hebat..glamour gituuuuuuuuu duit banyak...cantik..handsome..kiut miut...memang tak dinafikan semua itu...
Let me share the inside story about it ..it is really painful..actually kasihan betul melihat para2 steward.. dan stewardess ..rupa-rupanya dorang punya kerja seharian..hanyalah sebagai waiter ..cuma bezanya dorang kat atas kapal terbang.. di langit nan biru...ada satu ketika..I tengok mata dorang merah2..sebab kebetulan..pukul 3 pagi..waktu ..ada satu Mat Salleh..yang picit loceng..meminta dorang bawak bir..itu dan ini..walaupun dah ambil dinner..memang demanding betul dorang nih...
Berlainan dengan kita....kita orang melayu terutamanya bila dah makan..dah kenyang..tidur.. tapi mat salleh ni..masih berjaga..minta tu minta ni ..tercungap2 dia datang..kasihan me tengok stewardess tu...merah2 mata..sebab tak cukup tidur.. tapi kiut jugak hahaha..alahai cik stewardess oiiii...aper nak buat..bukan salah ibu mengandung..life is all about choices..you have made your own choice..
Seperkara lagi..(selepas beberapa kali night flight).. I rasa dorang ni memang memberi lebih tumpuan kat pelancong asing..maybe nak kempen melawat malaysia kot.. Kan 2007 ni kempen Malaysia lagi..I dunno...I dun wanna know..and I dun care...sebabnya I terasa di anak-tirikan... bukan setakat I sahaja berperasaan gitu..kebanyakan kawan2 lain berpendapat yang sama..layanan kurang memuaskan...padahal kita bayar harga ticket yang sama......
Satu contoh lain..masa I flight dari Bangkok..balik ke Penang..it was in 1997..dari Bangkok sampai Penang I minta jus orange..berkali2 minta..ader la 3 4 kali..last sekali bila I minta..Steward tu kata flight dah nak touch the ground.....geram rasanya..
IKLAN..IKLAN.. Bila teringat boring naik flight...tension..atas layanan gitu..masa 1997..I teringat la pulak citer happy sikit..kta flash ke depan sikit..1997..
Waktu tu..I dahpun bekerja..bergelar Snr Engineer...I selalu ke obersee..atas urusan kerja..almost every month I charted flight..bukan itu sahaja..I charted taxi yang sama...abang taxi tu sudah faham kehendak I..bila nak ke obersee je..abang taxi akan tercegat di depan pintu..mana taknya..satu hari dia dah dapat RM120..tu tak campur tips lagi..(I pernah keja kat US as a valet boy...so I am very particular about tips ni...)
Masa tu I kat Kulim...Taman Kenari..Abang taxi akan terus ambil beg roda I..beli dari London nihhhhhhhh...kasut aku dari Paris ..Baju aku dari Italiiiiiii.. semuaaanyaaaaaaa luar negeriiiiii. (Sajer kasi tambah sikit..). ....siap buka pintu taxi untuk I masuk..bila masuk je..paper dah tersedia depan mata...pada masa tu I rasa I lah orang paling beruntung ..berstatus..hahaha..tapi it did not last long..when the economic downturn..I..again as salary man..also affected..(nanti kita elaborated lagi pasal ni..)..cuma I macam serik nak kerja makan gaji lagi......
Tetapi pada masa yang sama business ayah semakin maju..ayah pula dah dah berjaya beli NISSAN Vanette baru..tu bezanya kot..orang makan gaji..dengan kerja sendiri....
Oh ya..kita sambung pasal flight tadi..
So pada masa tu..I dah fobia nak naik flight.. Kebetulan satu ketika I nak ke France..sengaja I booking Royal Dutch -KLIM punya flight..memang layanan dorang bagus..especially senyum..itu je I expect..dorang tak pilih bulu..sama ada Asian or even European..when we are in the flight..we are EQUAL..
So I rasa ini salah satu sebab kenapa until now MAS sering rugi sana sini..salah satu sebab ada dasar aparthied dalam flight..tambahan lagi sudah ada AirAsia..Minta maaf la yek..I bukan nak mengata..tapi yang I apa yang I rasa..I ni suka voice out depan..buat apa nak simpan2..maaf la yek..jika terkena sapa2..tapi itu dulu la...maybe now MAS dah ok kot..hopefully..
Please do not get me wrong..I bukan nak merendah2kan dorang..cuma now..I nampak dengan kepala sendiri..how is like to become a steward..stewadess...itu je..tapi kerjaya ni memang bagus..seantero dunia dorang boleh pergi...

Part 4: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian 4: Saat-saat di lapangan terbang Antarabangsa Subang

Tiba saat2 dan ketikanyaaaaaaaaa. I telah berjaya melalui saringan..dan perlu ke US untuk mendapatkan BSc. dalam jurusan Mechanical Engineering di salah sebuah universiti terkemuka di East Coast..
Seminggu sebelum nak ke US...kampung I riuh rendah pasal berita mengenai I..yelah..orang kampung tercorot..tiba2..ade satu budak kampung entah dari mana..nak sambung pelajaran ke US.. bila I singgah di rumah sedara..ada yang nak sedekah asam Jawa..ikan bilis... macam2..sebabnya pada anggapan dorang.US tu jauh....nak melintas lautan...hahaha itulah..I nak kasi tau betapa besar pada masa tu anggapan dorang..
Yeap!!!!!.. I masih ingat..yang kasi asam jawa tu...memang pakar membuat asam jawa..kebetulan rumah dorang dekat pokok besarrr.. dan dorang tu adalah atuk sedara sebelah mak..tapi now..atuk sedara lelaki dah pulang ke Rahmatullah...innalillah.. yang nenek sedara pulak..dah tak boleh berjalan..lemah2 lutut..sakit tua tapi masa I kat US dulu..ramai senior citizen kat sana..at 60-80 years old..masih boleh berjalan2....kadang2.terfikir la jugak..How can I help them now?
Juger, I sempat pesan emak sedara..dia ni memang pakar masak rendang..kalau hari raya..memang tak miss punya I kerumah dia..dia buatkan I 3 kilo rendang ikan...Mak Ngah..maafkan I...Jasa mak Ngah akan tetap di kenang...FYI, Mak Ngah masih ader..tapi kena kencing manis..darah tinggi..oh ya Tuhan aku... bagaimana aku tolong dia...aku bukannya doktor..maupun hartawan...apakah harus ku menutup sebelah mata?
Sehari sebelum I bertolak..keluarga adakan sedikit kenduri kesyukuran ..semoga selamat pergi dan kembali....tiba waktu subuh..semasa I nak keluar ke KL airport..seluruh orang kampung beratur dari tangga rumah hinggalah ke 50 meter..masing-masing mendoakan kejayaan I...(Bila teringat begini..even now..I akan menitiskan air mata..bukan penat I bersalam dengan dorang...tetapi bolehkan I bantu dorang..bila I berjaya kelak? Bolehkan I membuat satu perniagaan di mana dapat mengambil budak2 kampung yang asyik melepak sana sini berkerja dgn I? Sebab I memang tau..kalau setakat makan gaji..ramai juga mereka yang berjaya....still makan gaji..memang tak ke mana..
So, salah satu sebab I ke sana selain dari memenuhi impian ayah..I ingin melihat bagaimana American berniaga..I ingin menjadi seperti ayah..cuma I ada ijazah..tak salahlan..I ingin berjumpa Donald Trump.. tapi mampukah I creat The Apperantice macam Donald? Yet to find out..
Terus terang pada masa tu..I rasakan I lah seorang HERO.. macam citer Hang Tuah...nak berguru beberapa purnama..tapi pada masa yang sama I membawa seribu harapan dari orang2 kampuang I..iaitulah mendapat Degree..dan pulang membawa sinar ..Persoalannya..Adakah I telah memenuhi kehendak orang kampung selepas pulang ke Malaysia? Sudah tentu tidak..for almost 10 years after coming back to Malaysia.. (Kita akan elaborate lagi mengenai perkara ini kemudian)
So..masa nak ke airport..I pergi bersama mak dan ayah, sepupu I yang menjadi driver..Guna van C20 tulah..Van keramat..maklum la..takde saper tahu nak ke KL gini...1991..bukan la macam sekarang..nak kena ikut federal highway.... pada masa yang sama..turut serta sedara I (Pak Long Baq)..yang juga mempunyai sedara di Cheras..(I takde saper2 kat kenal kat KL) ...Kini Pak Long telah kembali ke rahmatullah..innalilla hiwainna hiraaajiuunn....
.....bila nak boarding ke international gate...I merasa terlalu sedih..I kucup dahi mak ..juger ayah..this was the first time I did it kepada ayah! ..felt so sad..seriously..(Masih terbayang hingga kini) even ayahpun menitis air mata..tak pernah2 I lihat ayah menitiskan air mata..biasanya ayah terlalu garang buat I..tetapi sebab garang tulah..I berjaya hingga kiini..Oh Ayah!...bertuah betul I mendapat seorang ayah sepertimu...Pada masa yang sama..I tak boleh melihat wajah mak terlalu sedih.. memang I paling rapat dgn mak I..Oh Mak..ceq ni pi no bukannya lamapun..tiga taun saja no..(bahasa oqang kedah) ..izinkan ceq pergi untuk menimba ilmu..tolong redha pemergian ceq..ceq sayang MAK..ceq sayang ayah!!!!!!!!!
Tiba dalam flight..bila transit kat Narita Airport..(Flight via LA)..I teringatkan cite mak..katanya ayah dulu memang hajat besar nak ke menara gading..tapi sebab masalah kewangan..hajat itu terhenti..so I mendapat satu idea.. ambil satu postcard dan I tulis untuk ayah I begini, "Ayah..Biarlah kali ini ceq tunaikan hajat ayah yang tak kesampaian dulu..bila ceq pergi ke US..belajar..biar ceq menimba ilmu sebanyak mungkin...dan ceq berjanji ceq akan bawa pulang segolong ijazah buat ayah"...

Part 3: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Bahagian 3: Memenuhi hasrat Ayah (Belajar di KPP/SUNY/ITM)

Oh ya...macam cite kisah lalu.. ayah terlalu berkeinginan untuk I menjejak ke menara gading... segala niat dan keinginan ayah I taat...patuh....saban hari I menatap buku tanpa rasa jemu....so alhamdulilliah berkat usaha I dan doa mak dan ayah..setelah sorang budak kampung seperti I berhempas pulas..siang dan malam... akhirnya I berjaya mendapat keputusan with flying colors..I ditawarkan dan mendapar scholarship untuk ke 'obersee.'...ke US... contract dgn JPA for almost RM400K..sampai I dapat degree in mechanical engineering..lagi sekali I memecahkan rekod kampung dan sekitarnya... ada la berbangga sikit2 ...bukan kerana I orang pertama menjejakkan kaki ke menara gading di obersee.. tetapi I telah dan ingin menunaikan hajat ayah yang tidak kesampaian sejak 20 tahun yang lalu..alhamduliillah.. Walau bagaimanapun I bernasib baik... Tetapi kerana desakan ekonomi Malaysia..dan polisi kerajaan yang baru...I perlu mendapatkan AAD di salah sebuah twin program SUNY/PPP/ITM si Subang Jaya..(Sekarang dikenali sebagai INTEC, Shah Alam)..sekali lagi me terpaksa berjauhan dengan mak dan ayah..tapi I redha.. inilah peluang I untuk membalas jasa mereka...I tidak mempunyai impian lain..selain ingin mengejar impian...deep down inside..I tetap berharap..suatu hari nanti me akan mengikut jejak ayah.. Di sana..I berjinak2 menjual T-Shirt esp kepada rakan sebaya terutamanya semasa musim kejohanan sukan... dan sebagainya......macam orang berjaya berkata, ` Di mana ada kesempitan, di situ ada kesempatan'
Kesan dari kejayaan I menjejaki menara gading... adik I yang no 2 turut mendapat keputusan cemerlang dan berjaya ke sekolah berasrama penuh ..Sekolah Sains Tunku Shabudin, Penang...
I ditawarkan untuk mengambil jurusan Mechanical Engineer..satu course yang agak hebat.. susah..buat I dari kampung...tetapi I tetap berusaha..I tak pernah berputus asa..impian ayah harus diteruskan.....macam orang Kedah cakap,`Where there is a will, there is a way'..dalam saat2 untuk masuk ke department engineering..I melepasi TOEFL 550... memang agak mudah pada budak2 bandar..tetapi sebagai budak kampung ..itu merupakan satu kejayaan... Pada masa yang sama..perniagaan ayah semakin maju.. dalam bulan puasa.. atau musim perayaan..atau persekolahan..jualan kedai ayah di Pekan Rabu mencecah puluhan ribu ringgit....ini disebabkan kedai ayah menawarkan barang terpilih..dan 'customised' untuk pelanggannya...maksudnya..jika budak sekolah darjah 4..tetapi mempunyai pinggang dewasa, masih boleh di dapati dikedai ayah skirt yang bersaiz begitu....ada satu ketika..di malam hari raya.. jualan ayah mencecah lapan ribu ringgit.... just one night... satu tepukan untuk ayah... Ayah telahpun membelikan kereta Civic 2nd generation..membeli beberapa lot kedai di Pekan Rabu Fasa II....

Part 2: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya

Bahagian 2: Zaman persekolah

Bila masuk darjah 4 (1980).., ayah telah mula mendapat tapak tetap di lorong Pekan Rabu. Alor Setar. Kalau sesapa yang tau. ia terletak di depan pintu Panggung Cathay..tak lama selepas itu, ayah telahpun berjaya membeli sebuah van C20 (kira masa tu teramat la hebatnya)..Ayah terpaksa membeli van itu bagi memudahkan berulang-alik dari rumah ke tempat perniagaan.
Tetapi tindakan ayah membeli van itu pertamanya memang mendapat cemuhan dari masyarakat kampung. Ramai yang 'berdoa' serta menunggu untuk melihat bila van itu akan ditarik oleh bank. Keduanya.. peniaga2 tetap di Pekan Rabu telah tidak lagi membenarkan peniaga2 yang bertapak di lorong tersebut untuk menyimpan di barang2 mereka di sana sana. Itulah..semangat orang melayu... semangat PhD yang meluap2...
Di samping berniaga di sana, seminggu sekali, I akan mengikut ayah menjaja perniagaan dari kampung ke kampung..masa tu van tersebut siap ade speaker kat atas ...macam cite cina beli surar khabar lama..cuma kami menjual pakaian sekolah...kain batik..tudung..hampir seluruh kedah I ikut ayah berniaga...it was fun..
Tahun kedua ayah membeli van, ke semua barang2 dalam van telah dirampas oleh pihak berkuasa kerana ayah dituduh menjual kain batik dari Thailand. Memang ayah ada menjual..tapi semua orang peniaga lain berbuat demikian..ini adalah gara2 seorang 'kawan' ayah melapurkan kepada pihak berwajib. Padahal kalaulah dia betul2 nak mengikut peraturan, seluruh peniaga2 di Pekan Rabu meniaga kain terlarang yang sama. ..so.. satu pelajaran untuk I...'In business..trust no one'
Alhamdulilliah...berkat semangat ayah, selepas bergolok bergadai...berjaya melunaskan semua hutang van tersebut selama 5 tahun (1986). Cuma satu sahaja kegemaran ayah..iaitu seringkali menukar color van..dari biru..putih..orang..dan akhirnya putih kembali..sehinggalah di jual kepada peniaga lain pada tahun 1995..not bad..
Tidak lama selepas itu..ayah berjaya membeli sebuah kedai di Komplek Peruda ..Jalan Kanchut..(Kini telahpun habis bayar...)..selang beberapa tahun pulak, ayah telah berjaya membeli sebuah kedai lagi di atas Pekan Rabu sendiri. Manakala petak perniagaan di lorong, ayah souce outkan kepada bapak sedara yang sekian lama mengikut ayah berniaga. Segala usaha ayah itu memang memberi semangat untuk I mengikuti jejak ayah. Tetapi ayah mempunyai pendapat yang berbeza. Setiap malam, I terpaksa berdepan dengan buku2 sekolah dari pukul 8-10pm..ayah tetap memberikan tuition kepada I walaupun dia penat seharian bekerja..Me diasuh sehingga berjaya mendapat 5A (Me adalah anak kampung pertama di sekolah mendapat pencapaian begini. Hingga sekarang, nama I masing terpampang di dalam dewan sekolah) dan seterusnya mendapat tempat di sekolah berasrama penuh Sg Petani.
Selama 5 tahun di sana, I jarang2 balik kampung walaupun hanya 40 km dari kampung. Ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh sekolah. Sejak itu juga. I kurang datang dan menolong ayah..lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran... yelah..I orang pertama dapat memasuki sekolah berasrama penuh...

Part 1: Sejarah I belajar berniaga, Dulu, Kini dan Selamanya.......

Assalamualaikum,

I ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika cerita ini ada berkaitan dengan pembaca. Ini adalah sebuah cerita benar yang I alami sendiri dari zaman kanak-kanak persekolahan, zaman di kolej, zaman pekerjaan hingga kini..\
Minta maaf kalau bahasa agak tunggang-langgang..I am not born or hired to write this for good…so let me write what I wanna write..hahahaha

Ia merupakan sebuah cerita yang belum habis ditulis. Tetapi merupakan cerita sambungan.....bersabar la yek..

Sany, 0192709160

Bahagian 1: Zaman pra-sekolah dan sekolah rendah

Dulu...masa mula2 masuk sekolah memang I budak kampung...Kedah mari...mak I darjah 2 dah berhenti sekolah..nasib baik bapak sekolah omputih..sampai form 5. tapi tak dapat sambung sebab tak mampu nak bayar..jauh oooo......sambil tu bapak berniaga secara kecil- kecilan.....meniaga pasar malam..sehinggalah I darjah 4.. Mungkin dengan semangat itulah ayah telah membuat satu keputusan yang tepat. Entah kenapa....sejak I mendaftar darjah 1 ..(A lot more stories here... more to come)

Wednesday, October 11, 2006

Al-Fatihah kepada Arwah Mohd Abdul Salam B. Abdul Majid


Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari yang paling sedih ....macam I tulis hari tu..my ex-schoolmate..telah selamat kembali ke rahmatullah..pada pukul 7pagi..selepas koma selama 3 hari...Mudah-mudahan Allah swt akan cucuri rahmatNya ke atas roh beliau..dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..

Arwah dimandi dan disembahyangkan di masjid Kg Baru..sebelum dihantar pulang untuk dikebumikan di Baling...Kg kelahiran arwah..lebih kurang pukul 5 petang..

Arwah baharu saja 36 tahun..meninggalkan seorang isteri..2 orang anak..masih kecil...tak tahu la macam mana perasaan orang terdekat beliau..

Semasa I menziarahi arwah semalam, adiknya sempat memberitahu meminta dia tolong tengok-tengokkan anak2 beliau..bila dengar tu je..I dah faham..memang dah tak lama...tu salah satu tandanya...

Walaupun begitu, antara kawan2 sekolah ni..I rasa I agak rapat dengan beliau...dalam tahun ni je..beberapa kali I berjumpa..whether masa functions..atau personally..teh tarik...masih terdengar di sudut hati..arwah berseloroh dgn I...kita memang rapat....tapi Allah lagi sayangkan arwah...I redha.. ingatan I terhadapnya akan kekal sampai bila2...

Ada jugak kawan2 yang tak percaya pemergian arwah esp yang jauh2.....tapi ada yang I nak call..cuba nak menceritakan pemergian arwah..tetapi cakap suruh call balik selepas 10 minit..katanya bz..takkan tak boleh tanya sebab apa call...tapi itu la kadang2 manusia..terlalu angkuh...I langsung tak call selepas tu...

Amin....
p/s sekali lagi kawan2 membaca blog ini..tolong sedekah Al-fatihah untuk arwah.....

Tuesday, October 10, 2006

Visit to a ex-schoolmate friend...

Assalamualaikum,

Ni dah agak terlalu lewat nak menulis..tapi I terpaksa jugak... Actually I baru balik dari Hospital Tung Sin.. ziarah kawan sekolah...dia diserang cancer pelvik... tak lama sgt...about 9 month... mula2 katanya dia ader slip disc..masa main golf... so dah operate about few month back...

Tapi last 4 month or so..Dr sahkan dia mendapat pelvik cancer.. so after a few thought..dia ambil 1st kimo.. kat USM Kubang Kerian..masa 1st kimo dia dah collapse.. kena kimo terus kena hantar naik ambulan dari Kubang Kerian ke Baling...

Second kimopun sama jugak.. dan 3 kimo..dah takde reaction.. Dr dah cakap..takde cara lain..nak survive nak kena operate kaki kiri sampai ke paha..pelvik sebelah kiri..Tapi tengok..badan dia dah susut. banyak....

So baru 2 lepas dia ada datang kat Bukit Antarabangsa..buat alternative dgn satu Dr jugak..Nuri somethin....mula2 nak nampak OK... then the last 2 week..keadaan dia kembali tenat..then dorang bawak ke Ampang Putri..Gleneagle...masukkan darah about 8 pt...dia dah ok sikit..tapi sejak dua hari lepas..tenat dia datang balik...kali ni..nak masuk hospital pantai..ampang putri..Dr dah tak nak terima....cuma Hospital Tung Sin je terima..

Tapi masa I jumpa dia..memang terkejut sungguh....masa jumpa last 2 month...tak la macam ni....now...dia dah koma..dah tak boleh bukak mata..tapi menurut wife dia..masa anak dia panggil nama dia..dia ada 2 anak...dia masih mengalirkan air mata...tapi I nampak..susut dia semakin teruk...begitulah kot keadaaan orang kena cancer..ataupun sebab dia tak selera makan...

Ramai betul orang menziarahi dia..kawan2 sekolah..(termasuk I)..kawan UTM dia... kawan sekerja..PETRONAS..

I tak nak predict apa2...cuma I harap saper2 yang baca ni..dapat la berdoa2 sama untuk kesihatan dia..supaya cepat sembuh...InsyaAllah..


p/s
Cuma satu komen je..betul la Allah tu Maha Besar.. Maha Berkuasa.. Allah boleh pilih sapa sahaja yang dia nak uji..kawan I tu baru 36..he was damn healthy 10 months back..cuma sekarang..Allah sahaja yang tahu segala-galanya..