Bahagian 2: Zaman persekolah
Bila masuk darjah 4 (1980).., ayah telah mula mendapat tapak tetap di lorong Pekan Rabu. Alor Setar. Kalau sesapa yang tau. ia terletak di depan pintu Panggung Cathay..tak lama selepas itu, ayah telahpun berjaya membeli sebuah van C20 (kira masa tu teramat la hebatnya)..Ayah terpaksa membeli van itu bagi memudahkan berulang-alik dari rumah ke tempat perniagaan.
Tetapi tindakan ayah membeli van itu pertamanya memang mendapat cemuhan dari masyarakat kampung. Ramai yang 'berdoa' serta menunggu untuk melihat bila van itu akan ditarik oleh bank. Keduanya.. peniaga2 tetap di Pekan Rabu telah tidak lagi membenarkan peniaga2 yang bertapak di lorong tersebut untuk menyimpan di barang2 mereka di sana sana. Itulah..semangat orang melayu... semangat PhD yang meluap2...
Di samping berniaga di sana, seminggu sekali, I akan mengikut ayah menjaja perniagaan dari kampung ke kampung..masa tu van tersebut siap ade speaker kat atas ...macam cite cina beli surar khabar lama..cuma kami menjual pakaian sekolah...kain batik..tudung..hampir seluruh kedah I ikut ayah berniaga...it was fun..
Tahun kedua ayah membeli van, ke semua barang2 dalam van telah dirampas oleh pihak berkuasa kerana ayah dituduh menjual kain batik dari Thailand. Memang ayah ada menjual..tapi semua orang peniaga lain berbuat demikian..ini adalah gara2 seorang 'kawan' ayah melapurkan kepada pihak berwajib. Padahal kalaulah dia betul2 nak mengikut peraturan, seluruh peniaga2 di Pekan Rabu meniaga kain terlarang yang sama. ..so.. satu pelajaran untuk I...'In business..trust no one'
Alhamdulilliah...berkat semangat ayah, selepas bergolok bergadai...berjaya melunaskan semua hutang van tersebut selama 5 tahun (1986). Cuma satu sahaja kegemaran ayah..iaitu seringkali menukar color van..dari biru..putih..orang..dan akhirnya putih kembali..sehinggalah di jual kepada peniaga lain pada tahun 1995..not bad..
Tidak lama selepas itu..ayah berjaya membeli sebuah kedai di Komplek Peruda ..Jalan Kanchut..(Kini telahpun habis bayar...)..selang beberapa tahun pulak, ayah telah berjaya membeli sebuah kedai lagi di atas Pekan Rabu sendiri. Manakala petak perniagaan di lorong, ayah souce outkan kepada bapak sedara yang sekian lama mengikut ayah berniaga. Segala usaha ayah itu memang memberi semangat untuk I mengikuti jejak ayah. Tetapi ayah mempunyai pendapat yang berbeza. Setiap malam, I terpaksa berdepan dengan buku2 sekolah dari pukul 8-10pm..ayah tetap memberikan tuition kepada I walaupun dia penat seharian bekerja..Me diasuh sehingga berjaya mendapat 5A (Me adalah anak kampung pertama di sekolah mendapat pencapaian begini. Hingga sekarang, nama I masing terpampang di dalam dewan sekolah) dan seterusnya mendapat tempat di sekolah berasrama penuh Sg Petani.
Selama 5 tahun di sana, I jarang2 balik kampung walaupun hanya 40 km dari kampung. Ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh sekolah. Sejak itu juga. I kurang datang dan menolong ayah..lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran... yelah..I orang pertama dapat memasuki sekolah berasrama penuh...
No comments:
Post a Comment