"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV jugadipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menujukedapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasaputerinyakecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kianberanjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yangberdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluargahampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannyabenar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan2keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai olat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak sepertikelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benarmenjerat hatinya."Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?
Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalau lah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yangdisimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiahsebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.
Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujukQis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidupd engannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nakmembuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistinap ergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemudugaoleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di MasjidPutra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya diatidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersamadenganAliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudianmenghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum ituadalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra,dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anakImamKampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis airmatanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calonmadu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utkbersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
************************************************************************
Kepada:Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampirsaiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terimakasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitucantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyahyang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikutperedaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abgdiheret keneraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masihbelum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatahlagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abghanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalauseleraAbg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluargasinggah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makananwestern food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayahmereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyahsayangkan Abg...3
. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu padazuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajaranak-anakAbg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau diasendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyahtak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abgmungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abgmengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jikamunajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillahborang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...Tetapi jikaAbg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteriAbg,pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkanAbg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untukAbg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaranAbg, roti canai..air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihahbersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!*
***************************************************
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta padakecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate thingswhen you lost it..